Ini Cara Mudah Kira Kos & Letak Harga Makanan Yang Anda Jual!

Patutlah selama ini keuntungan bisnes saya hanya sedikit walaupun jualan makanan saya sentiasa sold out setiap hari!

Antara faktor kritikal yang menentukan keuntungan sesuatu bisnes adalah dengan penetapan harga yang “betul”.

Ada orang kata, untuk dapat untung besar kita kena letak harga yang tinggi berganda-ganda berbanding kos jualan. Tapi hakikatnya, ada ke orang nak beli makanan yang mahal jika target market adalah orang biasa?

Ada memang ada, cuma tak ramai. Di tambah dengan keadaan poket rakyat marhaen seperti kita ini semakin menipis, membeli makanan mahal bukanlah satu pilihan terbaik.

Penyelesaiannya ialah anda perlu letakkan harga yang sesuai untuk makanan yang dijual setelah ditolak dengan kos yang dikeluarkan bagi menyiapkan makanan tersebut. Inilah yang dimaksudkan dengan harga yang “betul”.

Jadi, bagaimana caranya formula untuk meletakkan harga yang betul?

Perkara pertama anda perlu tahu adalah berapakah kos yang anda keluarkan untuk siapkan seunit (sebungkus/sebekas) makanan.

Sebagai contoh kos bahan untuk hasilkan 30 kotak Spaghetti Bolognese Daging seperti berikut:

Jadi anggaran untuk sediakan 30 kotak Spaghetti ini ialah sekitar RM50 dan kos sekotak Spaghetti ini pula lebih kurang RM 1.70 (RM50/30)

Untuk menetapkan harga jualan pula, cara mudah ialah dengan darabkan kos sekotak Spaghetti tadi kepada “3” (Kos-kos tersembunyi dan sebagainya)

Harga jualan anda ialah :

RM 1.70 x 3 = RM5.10

Untuk memudahkan anda mengira duit tanpa perlu bawa duit syiling, letakkan sahaja harga RM5 sekotak.

Keuntungan kasar yang bakal anda perolehi ialah:

[Jumlah Jualan 30 Box] – [Kos Bahan]

[RM5 x 30 box] – [RM50] = RM100

Maka keuntungan kasar yang bakal anda perolehi untuk 30 kotak Spaghetti ini adalah sebanyak RM100!

Dan anda boleh pelbagaikan add-on dalam menu seperti tambah meatball dan sebagainya untuk meningkatkan lagi keuntungan jualan anda.

Jadi inilah antara formula terbaik yang boleh anda ikut untuk menetapkan harga makanan. Yang paling penting, ANDA UNTUNG – PEMBELI UNTUNG dan semua orang tersenyum riang!

Nak belajar lebih lanjut tentang bisnes food delivery?

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *