5 Cara Terbaik Untuk Mengajar Anak Anda Menghafal Sifir Dengan Lebih Mudah Dan Berkesan Di Rumah

Kini anda mampu mendorong anak anda untuk menghafal sifir serta menguasai Matematik dengan lebih mudah tanpa sebarang paksaan!

Mengajar anak anda menghafal sifir di rumah merupakan satu tugasan yang sangat mencabar kerana banyak karenah yang ditunjukkan oleh mereka membuatkan kita berasa tercabar dan serba salah.

Kebiasaannya, tugasan mengajar anak anda mengafal sifir ini di bimbing oleh para guru di sekolah kerana mereka mempunyai cara pembelajaran yang berkesan serta latihan-latihan khas untuk membimbing anak anda menghafal sifir. Tapi musim COVID-19 ini menghalang para guru untuk mengajar mereka kerana semua pembelajaran dilakukan secara PDPR.

Masih ingat tak semasa zaman sekolah anda dulu.. ?

Jika anda tidak dapat menjawab soalan-soalan sifir dan tidak menghafalnya, anda kena berdiri di atas kerusi sampailah habis kelas. Ini mendorong anda untuk menghafal sifir kerana takut di denda para guru.

Tapi pada hari ini, cara pembelajaran sebegitu agak kurang sesuai digunakan terutamanya di rumah. Ini kerana kita mudah untuk berasa kasihan terhadap anak-anak kita. Kita hanya perlukan teknik atau cara pembelajaran yang betul untuk mendorong mereka mula menghafal sifir dengan lebih lancar.

“Jadi bagaimana nak mengajar anak menghafal sifir di rumah tanpa mengguris perasaan mereka dan tanpa sebarang paksaan?”

Ini antara 5 cara TERBAIK yang boleh anda lakukan untuk mengajar serta mendorong anak-anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar di rumah:

#1 – Gantungkan Jadual Sifir Di Rumah/Di Bilik Tidur Anak Anda

Cara ini merupakan cara lama tapi masih lagi terbukti berkesan. Anda boleh download jadual sifir di internet, printkan dan tampalkannya di tempat-tempat yang mudah mereka nampak agar mereka dapat menghafalnya tanpa sebarang masalah. Semakin kerap mereka melihat jadual sifir ini, semakin tinggi kemungkinan mereka akan menghafalnya.

#2 – Pastikan Anak Anda Belajar Langkah Demi Langkah

Untuk membina rumah, anda perlu membina asas yang kukuh agar tak mudah runtuh. Sama juga seperti menghafal sifir, anda perlu ajar anak anda hafal sifir bermula dengan asasnya dan sifir yang sukar seperti sifir 7, 8 dan 12 dibiarkan kemudian. Ini mampu membina keyakinan anak anda untuk hafal sifir dengan lebih lancar & berkesan.

#3 – Tunjukkan Beberapa Muslihat/Trik Matematik

Perkara yang paling menarik tentang Matematik ini ialah ia penuh dengan teknik dan trik untuk mudahkan anak anda menghafal sifir. Antara trik yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jari jemari untuk menjawab persoalan berkenaan dengan sifir. Ini mampu mendorong anak anda pelajari teknik hafal sifir dengan lebih mudah.

#4 – Mendengar Lagu-Lagu Hafal Sifir Yang Menarik

Kaedah terbaik sebagai permulaan untuk menarik minat anak anda menghafal sifir adalah dengan mendengar lagu-lagu sifir yang menarik. Anda boleh lihat video-video dari channel Youtuber terkenal Mr.DeMaio yang menggunakan lagu-lagu terkini dan mengubah suai liriknya untuk membolehkan anak anda mengikutinya dan memudahkan mereka menghafal sifir bersama-sama.

YouTubehttps://www.youtube.com/c/MrDeMaio7

#5 – Sentiasa Bertanyakan Soalan Sifir Kepada Mereka

Setelah anda menggantung jadual sifir di rumah atau di bilik anak anda, inilah masa terbaik untuk menguji sama ada mereka mampu menjawab soalan sifir atau tidak. Tanyakan sahaja pada bila-bila masa yang sesuai dengan nada biasa agar mereka tidak tertekan. Dan jangan lupa memberikan ganjaran kepada mereka setiap kali mereka berjaya hafal sifir.

Selain dalam list di atas, teknik menghafal sifir dengan “Flashcard” juga merupakan cara yang paling berkesan serta paling sesuai untuk kita gunakan untuk mendorong anak kita menghafal sifir dengan lebih mudah dan pantas.

Salah satu teknik “FlashCard” yang paling berkesan ialah dengan teknik Flashcard “Gaya MathMedic” yang diajar oleh Encik Osman Affan, di mana anak-anak anda mampu menghafal sifir dengan lebih berkesan dalam tempoh kurang daripada 14 hari tanpa sebarang masalah.

Teknik flashcard Gaya MathMedic ini mempunyai 14 modul eksklusif yang mampu membantu anda mengajar anak anda menghafal sifir dengan lebih berkesan.

Dengan teknik ini, anak anda pasti mampu menghafal sifir dan seterusnya mengusai Matematik dengan lebih mudah dan pantas TANPA sebarang halangan.

Jom belajar cara menghafal sifirGaya MathMedicyang mampu membantu anak-anak anda menghafal sifir dengan lebih lancar, mudah dan pantas dalam 14 hari sahaja! SILA KLIK DI SINI

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *