5 Cara Mudah Mula Bisnes Di Facebook

Sejak bermulanya penularan wabak COVID-19 banyak perniagaan terjejas. Ada yang terpaksa cuti tanpa gaji dan yang paling sedih hingga sampai ada yang diberhentikan kerja.

Peluang pekerjaan tak usah cerita la, memang amat susah sekarang ni. Habis tu takkan nak duduk diam je kan? maka ramailah yang mencuba nasib mula bisnes di facebook secara kecil-kecilan.

Namun bisnes di media sosial ni bukan semudah yang disangkakan. Kita perlu bersaing dengan ramai usahawan lain. Jika anda bermula tanpa sebarang ilmu asas, mungkin perjalanan anda akan terhenti di tengah jalan.

Dalam artikel blog ini saya nak kongsikan 5 cara mudah mula bisnes di facebook.

Jom kita mulakan!

1. BINA KEPERCAYAAN

Saya lihat ramai yang tidak menggunakan gambar profile yang sebenar. Ada yang pakai gambar pasu bunga, tayar kereta, motor dan sebagainya. Sebaiknya gunakan gambar anda yang sebenar. Gambar anda seorang je, jangan gambar family pulak! Saya faham anda sayang family, tapi masalahnya pelanggan susah nak kenal pasti anda yang mana satu dalam gambar tu.

Seterusnya guna nama anda yang sebenar. Jangan nak pandai-pandai pakai nama dalam bahasa jepun, korea, nama manja dan sebagainya. Susah pelanggan nak ingat nama anda yang pelik-pelik tu. Saya pun boleh confius awak ni orang apa ek? Melayu? Cina? India? Alien?

Dah la isu scammer berleluasa sekarang ni, anda pulak guna gambar profile dan nama yang pelik-pelik. Pelanggan pun akan mula rasa curiga nak berurusan dengan anda. Sekarang dah nampak?

2. BINA HUBUNGAN

Sebelum anda mula bisnes di facebook, anda perlu bina hubungan dulu dengan friendlist. Caranya mudah je, jangan sombong!

Kalau nampak post kawan-kawan tu bagi la like dan komen. Kalau tak tahu nak komen apa, bagi emoji seketul pun dah cukup. Algorithm facebook sekarang bukan macam dulu bossku, kalau anda update post berapa kerat je yang nampak tambahan pulak takde langsung engagement dengan friendlist.

Sebab tu la post anda selalu sendu, bukan sebab orang malas nak komen dan like tapi sebab mereka tak nampak post anda tu. Jadi rajinkan diri untuk like dan komen post kawan-kawan. Faham?

3. AURA POSITIF

Maksud aura positif kat sini bukan saya suruh anda buat yoga atau taichi. Apa yang saya maksudkan adalah post anda perlu berunsur positif.

Jangan post masalah peribadi, keluarga, agama, perkauman, politik dan isu-isu yang sensitif. Bukan semua orang sependapat dengan kita jadi tak perlu jadi hero. Kita layan je drama mereka sambil makan popcorn.

Pihak sebelah sana kita tak bagi pendapat, pihak sebelah sini pun kita tak bagi pendapat. Kita diam bukan bermakna kita tak ambil tahu. Faham?

4. FOKUS

Sebagai permulaan saya cadangkan anda fokus pada 1 produk dulu. Saya tahu memang banyak produk yang berpotensi kat luar sana tapi anda tak perlu jual semuanya. Pilih 1 produk yang harga mampu milik dan boleh menyelesaikan masalah penggunanya.

Kalau anda sendiri guna produk tu lebih bagus. Pelanggan akan lebih mudah membeli jika nampak perubahan pada diri kita sendiri. Pelanggan tak nak jadi tikus makmal untuk cuba produk yang kita sendiri belum pernah gunakan.

Bila kita berkongsi pengalaman peribadi menggunakan produk tersebut, proses menjual akan jadi lebih mudah.

5. KONSISTEN

Cuba disiplinkan diri untuk update sekurangnya 6 post setiap hari. Jika lebih, lagi bagus! Saya bagi contoh situasi.

  • 8.00 am – beri ucapan selamat pagi.
  • 10.00 am – kongsi aktiviti waktu pagi contohnya pergi ke pasar, jogging atau sarapan.
  • 1.00 pm – buat post tentang kebaikkan produk yang kita jual. Bukan post jenis menjual tetapi hanya berkongsi info.
  • 4.00 pm – buat post tentang testimoni pengguna.
  • 6.00 pm – kongsi aktiviti hari ini contohnya pergi buat postage, COD dan sebagainya.
  • 9.00 pm – buat post ajak friendlist berbual dengan anda seperti berkongsi pendapat.

Post tentang kebaikkan produk dan testimoni tu boleh la share ke facebook group. Pilih group yang ahlinya ada minima 100k dan share post ke 5 group setiap hari. Pastikan group tersebut berstatus public. Dalam post jangan lupa mesti ada no whatsapp yang boleh dihubungi.

Kalau share post ke group komuniti kawasan tempat anda tinggal lebih bagus. Senang pelanggan nak beli secara COD sebab bukan semua orang percaya berurusan secara online.

Akhir kata…

Anda perlu faham facebook adalah media sosial tempat orang nak lepak santai mengisi masa lapang bukannya shopping mall. Kalau kerap sangat update post menjual je, orang akan mula rasa menyampah. Silap hari bulan ramai yang unfriend.

Berdasarkan pengalaman peribadi saya, jika anda buat seperti apa yang saya kongsikan ini dalam masa 2 minggu anda akan mula nampak hasilnya.

Jika anda rasa apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, ringankan jari untuk share artikel ini pada kawan-kawan.

Kalau ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen dibawah nanti saya akan reply. Selamat mencuba!

Leave a Comment

Scroll to Top